Terbuka Switzerland: Soon Huat- Shevon mara ke pentas akhir
Iklan
Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menjadi beregu tunggal negara untuk meneruskan perjuangan Malaysia pada Kejohanan Terbuka Switzerland 2023 berlangsung di Basel. - Foto Facebook BAM
BEREGU profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menjadi beregu tunggal negara untuk meneruskan perjuangan Malaysia pada Kejohanan Terbuka Switzerland 2023 berlangsung di Basel.
Beregu campuran itu melangkah ke pentas akhir selepas mengatasi Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda 21-14, 23-21 dalam tempoh 38 minit, di St. Jakobshalle, awal pagi Ahad (4.30 pagi waktu Malaysia).