Dapatan kajian semakan akta pengemis selesai September ini
Iklan
Nancy dan laporan Sinar Harian.
KUCHING - Kajian semakan bagi menambah baik Akta Orang-Orang Papa 1977 dalam usaha menangani isu pengemis dijangka selesai September ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengumumkan dapatan kajian itu serta langkah seterusnya yang akan diambil bagi meminda akta tersebut.
Iklan
Iklan
Tahun lepas, Bernama melaporkan kajian itu, yang bermula pada Julai 2022, bakal menetapkan hala tuju berkaitan isu pengemis dan gelandangan memandangkan ketika ini tiada punca kuasa serta perundangan yang khusus dalam pengoperasian dan pengendalian golongan tersebut di Malaysia.
Iklan
Nancy juga berkata, pihaknya akan mempertimbang keperluan menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mengendali penghuni DBD yang dikategori sebagai pesakit mental.
Ia berikutan statistik DBD Kuching menunjukkan bahawa setakat ini, sejumlah 63.1 peratus atau 24 penghuninya adalah pesakit mental yang mendapat rawatan susulan di Hospital Sentosa.
Iklan
Selain Kuching, terdapat empat lagi institusi yang menempatkan kes orang papa termasuk pengemis iaitu DBD Mersing di Johor, DBD Jerantut (Pahang), DBD Kota Kinabalu (Sabah) dan Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh (Selangor). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>