Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Iklan
Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan yang berkemampuan dijangka dibangkitkan di mesyuarat Dewan Rakyat pada Khamis.
KUALA LUMPUR - Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan yang berkemampuan dijangka dibangkitkan di mesyuarat Dewan Rakyat pada Khamis.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) bertanyakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengenai perkara itu pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sejurus sidang Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi.
Iklan
Iklan
Syed Saddiq ingin mengetahui mengenai proses dan sumber pendanaan untuk membina MRSM berbayar serta proses pemilihan pelajar bagi kemasukan ke sekolah berkenaan.
Turut menarik perhatian, persoalan mengenai asas pertimbangan kerajaan meletakkan kos perbelanjaan jemaah haji berdasarkan kategori pendapatan B40, M40 dan T20 yang dibangkitkan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) kepada Perdana Menteri.
Iklan
Pada sesi soal jawab lisan, Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) meminta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk membina parkir bertingkat di seluruh hospital kerajaan bagi menyelesaikan isu kekurangan tempat letak kereta yang kritikal.
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) pula bertanyakan Menteri Dalam Negeri mengenai bilakah pindaan Perlembagaan Persekutuan dapat dibuat bagi membolehkan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing, diberi kewarganegaraan automatik.
Iklan
Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>