Khairul Dzaimee ditukar, Ruslin kini KP Imigresen
Iklan
Khairul Dzaimee Daud, Ruslin Jusoh
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud sah ditukarkan ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa Rabu.
Ia selepas jabatan itu mengadakan majlis Paluan Berundur Ketua Pengarah Imigresen Malaysia di Ibu Pejabat jabatan itu, dekat sini jam 5 petang.
Iklan
Iklan
Beliau akan melaporkan diri ke bahagian itu sebagai Ketua Pengarah pada Khamis.
Jawatan Ketua Pengarah Imigresen kini disandang bekas Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh.
Iklan
Kedudukan Khairul Dzaimee menjadi tanda tanya selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memperkenalkan Ruslin sebagai Ketua Pengarah Imigresen dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri pada pagi Rabu.
Bagaimanapun, setakat ini tiada pemakluman rasmi mengenai pertukaran pegawai kanan kementerian itu.
Iklan
Khairul Dzaimee merupakan Ketua Pengarah Imigresen yang paling lama berkhidmat di jabatan itu selepas dilantik pada 14 Januari 2019.
Sementara itu, dalam sidang akhbar terakhir di jabatan itu, Khairul Dzaimee berkata, beliau telah diberi bayangan akan ditukarkan bahagian sebulan yang lalu.
Ini kerana katanya, beliau telah lama berada di sesebuah jabatan yang sensitif.
"Ini adalah satu pusingan perkhidmatan yang biasa," katanya.
Menurutnya, beliau menerima surat pertukaran jam 8.30 pagi Rabu.
"Saya sudah bersedia untuk ditukarkan dan akan beri komitmen penuh di tempat baharu," katanya ketika ditanya adakah beliau menjangkakan pertukaran lebih awal.
Majlis Paluan Berundur Ketua Pengarah Imigresen berakhir dengan Khairul Dzaimee membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan Imigresen terhadap 101 pegawai.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>