Pan-gon teruja latih pemain di bulan Ramadan

Iklan
Pan-gon ketika ditemui pengamal media pada sesi latihan Pasukan Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong di Pusat Latihan JDT pada Sabtu. - Foto Bernama

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui teruja apabila pertama kali melatih pemain yang berpuasa menjelang perlawanan bola sepak.

Menurut Pan-gon, beliau dan barisan kejurulatihan pasukan benar-benar mahu menyaksikan bagaimana pemain menjalani latihan selain beraksi di bulan puasa.

Iklan
Iklan

"Ini merupakan kali pertama saya dan barisan kejurulatihan mengendalikan latihan pasukan dalam bulan Ramadan.

"Oleh itu, saya dan barisan kejurulatihan mahu tahu...apa yang pemain lakukan di bulan Ramadan ini.

Iklan

"Antaranya nutrisi yang mereka (pemain) ambil, selain bagaimana mereka bersedia dari segi fizikal dan mental ketika berpuasa," katanya pada Rabu.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya bakal berdepan Turkmenistan pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Khamis sebelum berdepan Hong Kong di venue sama pada 28 Mac.

Iklan

Sementara itu Pan-gon berkata, pihaknya juga tidak memberikan keutamaan kepada keputusan perlawanan tetapi lebih mementingkan kepada persembahan pemain.

Katanya, siapa sahaja yang diturunkan nanti perlu memberikan aksi yang terbaik di sepannjang perlawanan.

"Bukan keputusan yang kita cari...tetapi persembahan dan prestasi pemain yang kita mahu saksikan.

"Oleh itu, mana-mana pemain yang beraksi malam esok (Khamis), diharap dapat memberikan aksi terbaik di sepanjang perlawanan," kata beliau.