Thai Hot Guy: Malaysia Madani tolak penganjuran aktiviti tak sihat

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan yang berkonsepkan Malaysia Madani tidak membenarkan sebarang penganjuran aktiviti berunsur tidak sihat termasuklah program Thai Hot Guy yang dijadual diadakan di ibu negara pada 30 Mac ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, penolakan program sedemikian selari dengan langkah untuk sentiasa memelihara keharmonian Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa.

Iklan
Iklan

"Kerajaan (Perpaduan) kita tidak ada (benar) program seperti yang dikatakan Yang Berhormat. Kita mohon Malaysia Madani tidak akan teruskan program yang tidak sihat kerana rakyat Malaysia ini berbilang kaum dan berbilang agama.

"Kita percaya bahawa program Malaysia Madani ini adalah satu inisiatif untuk memberikan pembangunan kepada rakyat miskin tegar dan (kurangkan) beban kos sara hidup,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawap soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN - Pasir Mas) yang memintanya menyatakan pandangan sama ada program persembahan oleh pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand sesuai dengan kerangka Malaysia Madani.

Pada Isnin, sebuah akaun Facebook bernama KL NOW memuat naik hantaran mengenai program Thai Hot Guy yang difahamkan merupakan sebuah acara pertunjukan lelaki berbadan sasa di sebuah kelab di ibu negara pada 30 Mac ini.

Iklan

Susulan hantaran yang tular itu, pelbagai pihak tampil mengecam penganjuran yang disifatkan bertentangan dengan norma rakyat di Malaysia, apatah lagi ia diadakan di bulan Ramadan.