Lori minyak di premis rampasan KPDN di Kuching terbakar
Iklan
KUCHING - Sebuah lori tangki minyak di premis penyimpanan barangan rampasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Jalan Ellis di sini, terbakar tengah malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan panggilan mengenai insiden itu diterima pada 12.55 tengah malam dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan serta Batu Lintang telah ke lokasi kejadian.