Duit raya RM700 untuk penjawat awam Kelantan
Iklan
Ahmad Yakob - Foto fail Bernama
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bonus RM700 kepada semua kakitangan awam pentadbiran negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ‘duit raya’ tersebut turut akan diberikan kepada kakitangan lantikan politik di negeri berkenaan.
Iklan
Iklan
Selain itu, katanya, penghulu di Kelantan turut menerima kenaikan elaun.
"Kerajaan negeri bersetuju untuk menaikkan elaun penghulu daripada RM1,100 kepada RM1,500,” katanya sebelum menutup Persidangan Keempat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di sini pada Selasa.
Iklan
Beliau dalam pada itu menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membawa permasalahan di tempat masing-masing ke persidangan itu.
"Menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk berkhidmat dan semua permasalahan akan diberikan perhatian.
Iklan
"Saya mengucapkan terima kasih atas penat lelah dan susah payah. Semoga diberikan ganjaran oleh ALLAH SWT,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>