Kerajaan sedia beri kelulusan projek HSR
Iklan
Program Town Hall Rakyat bersama Anthony Loke yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. - FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
SHAH ALAM - Kerajaan bersedia memberikan kelulusan semula kepada mana-mana syarikat swasta yang berminat meneruskan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, walaupun pada masa kini kontrak telah dihentikan dan perjanjian antara Malaysia dengan Singapura juga telah tamat, namun tidak bermaksud ia tidak boleh dimulakan semula.
Iklan
Iklan
"Jika ada syarikat berminat atau sanggup mengambil risiko untuk membina infrastruktur pengangkutan awam ini, pihak kementerian akan meneliti perkara yang boleh dilakukan bagi meneruskan projek berkenaan.
"Kerajaan telah memutuskan untuk tidak membiayainya. Projek tersebut perlu dilaksanakan sepenuhnya oleh mana-mana syarikat swasta yang berminat.
Iklan
"Setakat ini, memang ada perbincangan dengan syarikat swasta namun permohonan secara rasmi belum diterima," katanya ketika sesi soal jawab bersama penonton ketika Program Town Hall Rakyat pada Isnin.
Town Hall Rakyat yang dihoskan oleh pelakon, Azhar Sulaiman itu merupakan platform interaktif untuk rakyat bersemuka dan bertanya pelbagai isu kepada pemimpin yang diundang.
Iklan
Terdahulu, kerajaan Malaysia dilaporkan membayar pampasan sebanyak RM320.27 juta kepada Kerajaan Singapura selepas kedua-dua negara bersetuju untuk menamatkan kontrak pembinaan HSR sepanjang 350 kilometer itu.
Persetujuan tersebut diumum menerusi kenyataan bersama antara bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, pada 31 Disember 2020.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>