Bilangan projek PPR di Sabah terbesar di Malaysia
Iklan
PUTRAJAYA - Bilangan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dilancarkan di Sabah adalah yang terbesar di seluruh negara, membabitkan 38 projek yang merangkumi penyediaan 26,099 unit rumah, menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Daripada jumlah itu 34 projek PPR yang melibatkan 23,509 unit telah siap dibina, manakala empat projek PPR lagi melibatkan 2,590 unit masih dalam pembinaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Iklan
KPKT berkata, PPR Batu Putih, Sandakan yang melibatkan 900 unit adalah salah satu projek PPR di Sabah yang sedang dalam proses pengisian.
PPR Batu Putih telah siap dibina dan diserahkan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah pada 28 November 2019, namun ia tidak dapat dibuat pengisian lebih awal disebabkan kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan, susulan penggunaannya sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Iklan
"Berdasarkan maklumat terkini dari pihak KKTP Sabah, surat tawaran pengisian kepada pemohon yang berjaya dijangka akan dikeluarkan pada penghujung bulan Mac 2023 dan pengisian fasa pertama PPR ini akan dibuat pada bulan April 2023," kata KPKT. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>