Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang
Iklan
Gambar hiasan
JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang setakat 4 petang ini, berbanding 10,396 orang yang direkodkan pada 8 pagi Isnin susulan penutupan tiga pusat pemindahan sementara (PPS).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan PPS yang ditutup adalah Dewan Orang Ramai Taman Seri Sulong, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal dan Sekolah Agama Sri Bengkal.
Iklan
Iklan
"Penutupan PPS tersebut menjadikan keseluruhan 47 PPS yang menempatkan 2,475 keluarga masih beroperasi, setakat ini," menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Sebanyak tiga sungai di Batu Pahat juga masih berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok (19.05 meter), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (11.12 m) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.3 m).
Iklan
Cuaca di lima daerah diramalkan hujan pada petang ini, Kulai pula mendung, manakala Muar, Mersing, Kota Tinggi dan Tangkak diramal cerah. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>