Ibu bapa rasa lega dapat temani anak masuk darjah satu
Iklan
Rais (dua dari kiri) beramah mesra dengan dua murid prasekolah SK Kerubong di Melaka, pada Isnin.
MELAKA - Ibu bapa melahirkan rasa lega apabila dibenarkan menunggu anak-anak pada minggu pertama sesi persekolahan ini.
Suri rumah Hazrizawati Aziz, 39, berkata, situasi berbeza pada tahun lalu apabila ibu bapa terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.
Iklan
Iklan
Bagi Kamariah Mohd Nasir,39, berkata, pada sesi persekolahan kali ini, dia perlu berjimat cermat membuat persiapan sekolah anak yang baru memasuki tahun satu lebih-lebih lagi Ramadan semakin hampir.
"Saya tidak bekerja dan suami hanya bekerja sendiri jadi untuk kali ini saya terpaksa beri perhatian pada anak tahun satu kerana perlu membeli pakaian sekolah baharu," katanya yang mempunyai dua anak bersekolah.
Iklan
Dalam pada itu, Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Telekomunikasi, Datuk Rais Mohd Yasin berkata, pihaknya akan memberi perhatian serius isu kepadatan murid di sekolah rendah dan menengah negeri ini.
Menurutnya, sebagai contoh di Sekolah Kebangsaan (SK) Kerubong mengalami kepadatan 1:40 murid membabitkan hampir 36 buah kelas.
Iklan
Selain kepadatan lebih 1,000 murid yang ditempatkan dalam sesebuah sekolah, pihaknya juga turut menerima aduan berhubung kekurangan kemudahan seperti kerusi dan meja di dalam kelas.
"Bagaimanapun ini semua di bawah pemantauan Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
"Kami semua akan bantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini, tapi sedikit kesabaran dipohon buat ibu bapa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembukaan persekolahan sesi akademik 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kerubong, di sini, pada Isnin.
Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, berkata, seramai 141,089 murid di Melaka telah memulakan sesi persekolahan di 316 sekolah pada hari ini.
"Daripada jumlah itu, seramai 7,749 murid memasuki tahun satu di 170 sekolah rendah di seluruh negeri," katanya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="‘Kami tidak pilih atau turunkan Yang di-Pertuan Besar’ - MB Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa beliau dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak membuat keputusan untuk menurunkan atau melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Sebaliknya, beliau berkata, mereka membuat keputusan berhubung pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan Undang Yang Empat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797685/edisi/melaka-ns/kami-tidak-pilih-atau-turunkan-yang-di-pertuan-besar---mb-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #MBNegeriSembilan #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T08:25:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcf8ca"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcf8ca"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcf8ca"></script>