Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Iklan
Ahmad Maslan (tengah) diraikan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Pontian pada pemilihan parti di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian, pada Sabtu.
PONTIAN - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mencipta kejutan apabila menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian dalam pemilihan parti pada Sabtu.
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Pontian, yang hanya meraih 291 undi.
Iklan
Iklan
Seramai 690 perwakilan daripada 117 cawangan terbabit dalam proses pemilihan kali ini yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.
Kemenangan Ahli Parlimen Pontian itu menamatkan legasi Hasni yang memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian selama 22 tahun.
Iklan
Pertembungan Ahmad dan Hasni sebelum ini mencuri tumpuan kerana kedua-duanya mempunyai pengalaman politik yang luas dalam UMNO.
Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut sebelum ini merupakan Pengerusi UMNO Johor dan Menteri Besar Johor.
Iklan
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian pula dimenangi Datuk Sumali Mohd Reduan, manakala Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian disandang oleh Jamaluddin Abd Majid.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>