Shahelmey digantung keahlian UMNO enam tahun

Iklan
Datuk Ir Shahelmey Yahya

SANDAKAN - Keahlian Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya sebagai ahli UMNO digantung selama enam tahun.

Perkara itu disahkan oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Keputusan itu dipercayai diambil susulan tindakan Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Januari lalu.

Ia bertentangan dengan pengumuman Bung Moktar bahawa UMNO-Barisan Nasional (BN) Sabah telah menarik semula sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

Iklan

Susulan daripada keputusan itu menyebabkan Sabah sekali lagi dilanda polemik politik sehingga menyebabkan berlakunya rombakan kabinet dan menyaksikan Shahelmey dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri bagi menggantikan Bung Moktar yang digugurkan daripada barisan kabinet Sabah.

Akibat tindakannya itu, Shahelmey dan tiga lagi ADUN iaitu Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) serta Datuk James Ratib (Sugut) diberikan surat untuk menghadap Lembaga Disiplin UMNO.

Iklan

Sementara itu, bercakap mengenai mesyuarat yang dihadirinya, Bung Moktar berkata, sebanyak 23 Bahagian UMNO Sabah bersidang secara serentak dengan 191 Bahagian di seluruh negara.

"Sabah ada dua Bahagian yang ditangguh mesyuarat iaitu Bahagian Kota Kinabalu dan Beluran sebab masalah-masalah teknikal. Kedua-dua Bahagian ini akan bermesyuarat selepas ini.

"Saya telah menerima laporan dari seluruh bahagia di Sabah bahawa pemilihan kali ini berjalan dengan lancar dengan tanpa ada gangguan yang besar," katanya.