Hentikan naratif negeri dianaktirikan - Adam Adli
Iklan
Adam Adli menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat meminta supaya naratif negeri dianaktirikan dalam penganjuran Sukma dihentikan.
SHAH ALAM - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim meminta supaya naratif Kelantan dianaktirikan berhubung hak menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dihentikan.
Dalam satu hantaran di Facebooknya, beliau menjelaskan keputusan penggiliran dibuat bersama dan bukan baru sehari dua bincang.
Iklan
Iklan
"Sukma pun nak dipolitikkan. Naratif negeri dianaktirikan dan seumpamanya ini boleh dah dihentikan. Tak jujur langsung," katanya pada Jumaat.
Sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed mengenai isu penganjuran Sukma.
Iklan
Hannah menerusi ciapan Twitternya berkata, pejabatnya telah membuat laporan itu susulan dakwaan Mohamad Kamal bahawa beliau telah menafikan hak Kelantan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan.
Katanya lagi, dakwaan itu adalah satu fitnah kerana Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat telah bersetuju untuk negeri itu menganjurkan edisi 2028, yang memberikan masa tambahan bagi membuat persediaan dan pembinaan fasiliti sukan di Kelantan.
Iklan
Pada Khamis, sebuah media tempatan melaporkan bahawa Mohamad Kamal mendakwa Hannah menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk menafikan hak Kelantan menganjurkan Sukma 2024.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>