KDA tiada masalah atasi Kuching City
Iklan
Pemain Kedah Lee Andrew Tuck cuba melepasi asakan dua pemain Sarawak Zahrul Nizwan Joe Kifli (kiri) dan Yuki Tanigawa (kanan) pada Perlawanan Liga Super, Kedah Darul Aman FC bertemu Kuching City FC di Stadium Darul Aman malam ini. - Foto Bernama
KEDAH Darul Aman (KDA) FC berjaya menjinakkan Kuching City FC 3-0 pada aksi kelima Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.
Sang Kenari yang turun dengan misi memburu tiga mata dengan sokongan lebih 7,662 penyokongnya menyusun beberapa serangan ke kubu lawan dan hampir berada di hadapan melalui tandukan Bojan Ciger, namun tepat ke dakapan penjaga gol Kuching City, Julian Garcia pada minit ke-11.