Tempoh lesen hotel, agensi pelancongan dipanjangkan
Iklan
Tiong King Sing. - Foto Sinar Harian RAFIQ REDZUAN
KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk memanjangkan tempoh lesen agensi pelancongan, hotel dan spa.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, semua lesen hotel, agensi pelancongan dan spa akan dipanjangkan tempohnya dari tiga tahun ke lima tahun.
Iklan
Iklan
Menurutnya, semua pengusaha yang terlibat dalam aktiviti berkenaan tempoh hayat lesennya boleh dipanjangkan namun masih perlu mengikut syarat yang ditetapkan.
"Kalau tidak ikut syarat yang ditetapkan tempoh lesen tidak boleh dipanjangkan dan berkemungkinan lesen mereka juga boleh dibatalkan.
Iklan
"Agensi pelancongan dan juga pengusaha hotel perlu menghantar permohonan dalam tempoh dua minggu kita akan maklum sama ada lulus ataupun tidak,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Jumaat.
Beliau berkata, penguatkuasaan juga akan dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan semua yang terlibat dengan aktiviti pelancongan mengikuti garis panduan yang ditetapkan.
Iklan
"Bagi pengusaha yang hendak naik taraf (bintang) hotel masing-masing boleh buat permohonan semula kepada kementerian, kita tengok sama ada dia layak ataupun tidak," jelasnya.
Tambahnya lagi, permohonan turut terbuka kepada pengusaha hotel bajet yang ingin naik taraf hotel mereka kepada satu bintang atau dua bintang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>