UniSZA lunas bayaran premium tanah RM183j
Iklan
Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (dua dari kanan) menyerahkan replika cek kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk A Rahman Yahya sambil disaksikan Dr Ahmad Samsuri di Wisma Darul Iman, hari ini.
KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melunaskan kesemua bayaran premium sebanyak RM183,240,878 bagi empat lot tanah di kampus Gong Badak kepada Kerajaan Terengganu.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penyerahan cek terakhir ialah bayaran berjumlah RM55,021,070 bagi 20.983 hektar tanah lot di mukim Batu Rakit dilakukan hari ini.
Iklan
Iklan
"Cek yang terakhir daripada jumlah keseluruhan adalah bayaran bagi tapak tanah UniSZA Kampus Gong Badak apabila bertukar daripada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KuSZA) kepada UniSZA dan diambil Kementerian Pendidikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Premium Tanah Kampus Gong Badak kepada Kerajaan Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Iklan
Menurutnya, pembayaran bagi keseluruhan premium tanah itu dibuat sebanyak empat kali.
"Bayaran kali pertama dibuat pada awal November 2016 dengan jumlah sebanyak RM71,101, 880 bagi 101.765 hektar tanah di mukim Kuala Nerus.
Iklan
"Pada 24 April 2018, UniSZA membuat bayaran menerusi dua cek dengan jumlah RM2,103,088 bagi 0.704 hektar tanah di mukim Batu Rakit dan RM55,014,840 bagi 17.755 hektar tanah di mukim Batu Rakit,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri mengucapkan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan UniSZA dan wang itu akan dimanfaatkan sebaiknya.
"Wang ini akan dimasukkan ke dalam akaun yang disatukan dan kerajaan negeri akan memanfaatkan kepada negeri dan seluruh rakyat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>