Kunci pendua selamatkan anak terperangkap dalam kereta

Iklan
Dua kanak-kanak terkunci dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz di hadapan sebuah kedai di Persiaran Putra Indah-Putra Heights, Subang Jaya pada Khamis diselamatkan. Foto: JBPM Selangor

SUBANG JAYA - Dua kanak-kanak terselamat selepas terkunci dalam kenderaan di hadapan sebuah kedai di Persiaran Putra Indah-Putra Heights di sini pada Khamis.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 3.30 petang.

Iklan
Iklan

"Anggota operasi yang tiba di lokasi pada jam 3.46 petangbagaimanapun mendapati pintu kenderaan jenis Perodua Aruz yang terkunci itu telah berjaya dibuka menggunakan kunci pendua oleh keluarganya.

"Dua kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan satu tahun empat bulan berjaya diselamatkan," katanya pada Khamis.

Iklan
Iklan

Tambahnya, kedua-dua beradik itu berada selamat dan tidak mengalami sesak nafas.