MATTA Fair: Andalusia tawar pelbagai pakej menarik, eksklusif
Iklan
Antara diskaun menarik yang ditawarkan oleh Andalusia sempena MATTA Fair yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad ini.
SHAH ALAM - Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menawarkan pelbagai pakej umrah menarik dan eksklusif buat pengunjung bersempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad ini.
Lembaga Pemasaran dan Jualan Andalusia, Izzati Ibrahim berkata, diskaun akan diberikan pada kadar berbeza mengikut jenis pakej yang ditawarkan khusus untuk mereka yang mendaftar dalam tempoh tiga hari ini sahaja.
Iklan
Iklan
Izzati
Menurutnya, syarikat itu akan memberikan diskaun pakej umrah secara eksklusif sebanyak RM300 seorang bagi individu yang ingin mengerjakan ibadah tersebut pada Ramadan tahun 1445H.
"Pakej umrah untuk musim biasa akan diberikan diskaun sebanyak RM200 seorang, manakala musim cuti sekolah (RM100 seorang).
Iklan
"Selain itu, diskaun untuk pakej pelancongan berkumpulan luar negara pula adalah sebanyak RM200 seorang.
"Bagi bayaran deposit semasa berlangsungnya MATTA Fair pula, RM50 seorang untuk pendaftaran pakej umrah dan RM100 untuk pakej pelancong. Dalam tempoh satu minggu selepas program ini, pelanggan perlu menjelaskan baki bayaran deposit tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Iklan
Izzati memaklumkan, pihaknya akan melancarkan beberapa pakej baharu secara besar-besaran melibatkan pakej umrah ekonomi, sederhana, jarak dekat dan premium pada Sabtu ini.
"Selain itu, kami akan turut melancarkan pakej Umrah Ziarah Eropah termasuk pakej umrah Switzerland dan Itali, pakej umrah London dan Paris serta pakej umrah Sepanyol," katanya.
Menariknya, beliau memberitahu, individu yang tidak berkesempatan hadir ke MATTA Fair yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) turut berpeluang mendapatkan tawaran diskaun menerusi dalam talian.
"Terdapat sebilangan jemaah dan klien yang memang menanti-nantikan diskaun kami tidak dapat hadir ke acara ini atas sebab tertentu.
"Jadi mereka tidak semestinya perlu mendaftar di MATTA Fair di MITEC, tetapi boleh juga mendaftar secara dalam talian menerusi laman web https://teamumrahandalusia.wasap.my/,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>