Tiket Harimau Malaya lawan Turkmenistan, Hong Kong mula dijual
Iklan
MULAI hari ini, peminat bola sepak tanah air boleh mendapatkan tiket aksi persahabatan Antarabangsa Tier 1 melibatkan skuad negara menentang Turkmenistan dan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor, hujung bulan ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan harga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, boleh didapati hanya secara dalam talian menerusi laman sesawang https://www.tickethotline.com.my/.
Kenyataan itu juga menyatakan tiada sebarang penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket stadium membabitkan perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 itu.
Skuad Harimau Malaya bakal beraksi untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Turkmenistan pada 23 Mac sebelum menentang Hong Kong bagi aksi kedua 28 Mac, kedua-duanya di Stadium Sultan Ibrahim.
Dua aksi persahabatan tersebut adalah sebahagian persiapan anak buah Kim Pan Gon untuk menghadapi Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar, Januari tahun depan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>