SIBU - Seorang pempengaruh media sosial berusia 28 tahun mengalami kerugian RM16,799 selepas terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian menggunakan aplikasi Facebook.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, wanita itu mendakwa semasa melayari laman Facebook baru-baru ini, beliau terlihat iklan kerja sebagai ‘Live Host’ yang menjanjikan komisen RM1,000 sekiranya melaksanakan kerja itu, minimum 30 jam seminggu.