Kelantan United buru kemenangan pertama

Iklan
Kelantan United - Foto Kelantan United Football Club

KELANTAN United FC berazam mencatatkan kemenangan pertama pada aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam esok.

Penolong Jurulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor berkata, beliau mahu kesemua pemainnya bangkit mencari tiga mata penuh dan memberi fokus 100 peratus kepada permainan agar tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh menjejaskan momentum pasukan.

Iklan
Iklan

"Kemenangan esok amat penting untuk kami merapatkan jurang kutipan mata dengan pasukan yang berada di kelompok teratas kerana perbezaan mata dengan pasukan lain tidak begitu jauh ketika ini.

Hasil daripada tiga perlawanan dalam saingan Liga Super sebelum ini, Kelantan United berada di kedudukan terakhir dengan mengumpul satu mata.

Iklan

Nazrulerwan berkata, walaupun KDA FC memiliki barisan pemain yang hebat, pemainnya sudah bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik di hadapan penyokong sendiri.

"Kita mengakui KDA FC merupakan pasukan pilihan pada perlawanan ini, namun dalam saingan Liga Super apa-apa keputusan boleh berlaku.

Iklan

"Alhamdulillah, pemain kita bebas daripada kecederaan dan kita harap pemain ke-12 iaitu penyokong yang hadir ke stadium esok dapat memberi sokongan padu kepada Kelantan United untuk memperoleh tiga mata penuh,” katanya.