Polis buru geng samun bersenjata
Iklan
PONTIAN – Polis memburu sekumpulan lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan parang di Taman Benut Utama dekat sini Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kejadian samun itu dipercayai berlaku sekitar jam 11.30 malam ketika mangsa, seorang wanita warga tempatan keluar dari kenderaannya untuk masuk ke rumah.
Iklan
Iklan
"Ketika mangsa berjalan semula ke keretanya, seorang lelaki tiba-tiba muncul dengan sebuah kenderaan sebelum seorang lelaki bersenjatakan parang menuju ke arah mangsa.
"Bagaimanapun, tindakan pantas lelaki bersenjatakan parang itu telah mengambil harta milik mangsa yang berada di dalam kereta dan juga di dalam rumah sebelum melarikan diri dengan menaiki kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Beliau berkata, antara barang-barang yang berjaya disamun daripada mangsa melibatkan sebuah telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM1,200, dua pasang kasut, dokumen pengenalan diri, kad-kad bank dan juga buku simpanan institusi kewangan serta kunci rumah mangsa.
"Secara keseluruhannya, mangsa mengalami kerugian sekitar RM3,000 dan laporan polis telah dibuat manakala siasatan telah dibuat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan bersenjata.
Iklan
"Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat dalam akta yang sama," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder"><meta itemprop="description" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesmenyamarpenjawatawam #PDRM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-29T06:50:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrxgfm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrxgfm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrxgfm"></script>