Miskin jadi punca kanak-kanak dikahwinkan

Iklan

SHAH ALAM - Kemiskinan menjadi punca ibu bapa mengahwinkan anak mereka pada usia muda.

Profesor Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, data menunjukkan kanak-kanak yang cenderung dikahwinkan datang daripada keluarga berpendapatan RM300 hingga RM2000 sebulan.

Iklan
Iklan

"Memang data ini berkait rapat apatah lagi kalau dilihat di luar negara, kemiskinan menjadi punca paling banyak kanak-kanak dikahwinkan.

"Bagi saya, alasan tersebut tidak boleh dijadikan alasan kukuh untuk mengahwinkan anak mereka.

Iklan

"Kanak-kanak pada usia mereka perlu berada di bangku persekolahan untuk menimba ilmu, bukannya berkahwin,"katanya dalam Wacana Sinar Harian ke - 79 Kanak-Kanak Dalam Jerangkap Sosial: Di Mana Kita?, hari ini.

Menurutnya, Majlis Fatwa juga telah membincangkan perkahwinan kanak-kanak sebelum ini,dibenarkan jika mempunyai alasan kukuh dan yang hanya memberi manfaat kepada kanak-kanak.

Iklan