Tengku Mahkota Kelantan, ahli keluarga baharu masuk kedai kopi

Iklan
Tengku Muhammad Fa-iz dilihat bersama isteri dan keluarga dari Sweeden di sebuah kopitiam di Jalan Che Su. Foto: Facebook Sukri Haji Yunus

KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan pasangannya, Cik Sofie Louise Johansson membuat penampilan pertama di khalayak ramai dengan meluangkan masa masuk dan duduk di kedai kopi semalam secara mengejut.

Baginda bersama pasangan berkenan singgah di Kopitiam Kuan Heong Huan, Jalan Che Su di sini yang terkenal dengan kopi istimewanya, telur masak separuh dan roti bakar.

Iklan
Iklan

Gambar Baginda berdua mula tular di laman sosial sejak semalam dan turut dikongsi salah seorang pelayar Facebook, Sukri Haji Yunus.

Baginda dilihat bersama keluarga dari Sweden tanpa sebarang protokol sebagaimana kebiasaannya.

Iklan

Sofie Louise tampil anggun dengan mengenakan baju kurung biru dan berselendang.

Kemunculan pasangan Diraja tersebut membuatkan pengunjung di kopitiam berkenaan teruja kerana ketibaan Baginda tidak dijangka.

Iklan

Baginda melangsungkan perkahwinan dengan kenalan lamanya itu Jumaat lalu di Istana Balai Besar di sini.