Liverpool tersungkur di Bournemouth

Iklan
Billing meraikan jaringan bersama pemain Bournemouth ketika menewaskan Liverpool 1-0 di Stadium Vitality pada Sabtu. - Foto Agensi

JARINGAN separuh masa pertama Philip Billing cukup memastikan tiga mata milik Bournemouth ketika menewaskan Liverpool, 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality pada Sabtu.

Angkatan Jurgen Klopp yang masih segar dengan kemenangan 7-0 ke atas Manchester United di Anfield minggu lalu berpeluang menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Iklan
Iklan

Namun sepakan penalti bintang sensasi Mesir, Mohamed Salah pada minit ke-69 tersasar, sekali gus mengangkat pasukan pantai selatan itu daripada kedudukan terbawah carta liga keluar dari zon penyingkiran.

Tiga mata diraih The Cherries melonjak kelab itu dari tempat terakhir ke tangga ke-16 dalam jadual dengan 24 mata, manakala Liverpool merosot di tangga kelima dengan 42 mata selepas mensia-siakan peluang untuk merapatkan jurang tiga mata dengan Tottenham Hotspur di tangga keempat.

Iklan

"Ruang tempat kami bermain sangat jelas, ia sangat terbuka, namun kami tidak menggunakannya dengan kerap, malah kami tidak menikmati cabaran untuk menghadapi pasukan yang bermain secara padat.

"Jika anda menjaringkan gol di sana, ia tidak menjadikan prestasi lebih baik, namun setidaknya boleh mengubah keputusan. Dia (Salah) menjaringkan banyak gol, tetapi dia terlepas sepakan penalti. Itulah kehidupan," kata Klopp

Iklan