Richarlison kritik Conte

Iklan
Richarlison - Foto AFP

PENYERANG Tottenham Hotspur, Richarlison mengkritik pengendali Antonio Conte berikutan penyingkiran The Spurs pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Khamis.

Richarlison mempersoalkan keputusan pengendali dari Itali itu untuk menggantikannya di bangku simpanan sambil mengisytiharkan kelab London utara itu mengalami musim yang 'malang'.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, Spurs disingkirkan daripada saingan piala utama kelab Eropah gergasi Serie A, AC Milan selepas gagal menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan ketika sensasi Itali itu mara dengan agregat 1-0.

Richarlison, yang ditandatangani Spurs dengan perjanjian bernilai 60 juta pound, mendapati masa permainan sukar diperoleh di bawah Conte apabila hanya bermain 20 minit terakhir menentang Milan dalam keputusan seri 0-0 di laman sendiri.

Iklan

"Saya bermain lima minit menentang Wolves, apabila bertanya sebabnya dan tiada siapa memberitahu saya mengapa.

"Pada Rabu, mereka meminta saya mengambil ujian kecergasan di gym dan memberitahu saya akan bermula Khamis jika saya lulus - dan saya berada di bangku simpanan. Ada perkara yang saya tidak faham,” katanya.

Iklan