KEMAMAN - Seorang peniaga kedai emas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman di sini pada Rabu atas dakwaan melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suaminya, Ahad lalu.
Tertuduh, Siti Fazira Mohd Sofian, 28, yang juga isteri ketiga membuat pengakuan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.