Waspada di Pantai Kundor

Iklan
Sebahagian kawasan pantai ditutup ketika tinjauan fotoBernama di Pantai Kundor dekat Tanjung Kling hari ini.

Difahamkan, kawasan yang dipenuhi dengan pokok Rhu itu terpaksa ditutup kepada orang ramai bagi menjamin keselamatan pengunjung daripada berlakunya kejadian pokok tumbang.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kawasan lain yang selamat untuk dikunjungi dan dijadikan tempat riadah, aktiviti pantai dan perniagaan di sepanjang Pantai Kundor dan Pantai Puteri.

Orang ramai yang datang bercuti dan beriadah di sini, dinasihati agar sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan pokok Rhu di sekeliling bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan.