FAM teliti aduan KDA FC

Iklan
Noor Azman - Foto Bernama

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meneliti aduan yang telah dibuat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengenai mutu pengadilan dalam perlawanan Liga Super menentang PDRM FC pada Sabtu lalu.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, aduan rasmi telah diterima dan pihaknya akan menentukan sebarang tindakan selepas meneliti laporan Jawatankuasa Penilai Prestasi Pengadil FAM.

Iklan
Iklan

"Kita boleh mengambil contoh tahun lalu, di mana kami menerima lebih kurang sembilan laporan sepanjang saingan Liga Super.

"Bagi tahun ini, saya amat berpuas hati dengan prestasi pengadil tetapi setakat sedikit-sedikit itu biasa dan kami akan memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Iklan

"Saya juga sudah berbincang dengan ketua unit pengadil dan mengingatkannya bahawa prestasi pengadil perlu dijaga," katanya dipetik daripada Stadium Astro.

Pada perlawanan di Stadium Darul Aman itu, kad merah dilayangkan kepada ketua pasukan KDA FC, Manuel Ott dan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong.

Iklan

Dalam pada itu, Noor Azman turut mengesahkan FAM turut menerima aduan rasmi daripada Kuala Lumpur City FC membabitkan mutu pengadilan ketika pertemuan dengan Penang FC pada 25 Februari lalu.