Bersih gesa kerajaan laksana tiga reformasi
Iklan
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa kerajaan melaksanakan tiga reformasi yang dikemukakan dalam tempoh 100 hari akan datang.
Jawatankuasa Pemandu Bersih menerusi kenyataan berkata, perlaksanaan tiga reformasi itu mungkin memerlukan persidangan Dewan Rakyat dilanjutkan berbanding yang telah dijadualkan.
Iklan
Iklan
Tiga reformasi berkenaan adalah pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) dan Jawatankuasa Tetap Parlimen (JTP) termasuk satu jawatankuasa untuk pilihan raya dan demokrasi berbilang parti; akta Parlimen bagi peruntukan pembangunan kawasan yang saksama kepada semua ahli Parlimen serta pengiktirafan kabinet bayangan Perikatan Nasional (PN) dengan elaun, pegawai penyelidik dan akses maklumat.
"Kami kesal kerajaan telah melepaskan beberapa peluang untuk melaksanakan reformasi yang mudah iaitu meneruskan peruntukan pembangunan kawasan kepada ahli Parlimen pembangkang walaupun dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Iklan
"Tidak ada pemantauan Parlimen dan telus dalam pelantikan pegawai awam utama termasuk Peguam Negara, ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
"Tidak ada pembentangan RUU (Rang Undang-undang) Pindaan Perlembagaan bagi menghadkan penggal Perdana Menteri kepada 10 tahun, yang merupakan kandungan MoU antara kerajaan (Datuk Seri) Ismail Sabri Yaakob (bekas Perdana Menteri) dan PH yang belum terlaksana,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.
Iklan
Dalam pada itu, Bersih turut menggesa kerajaan dan Parlimen untuk mengambil ikhtiar melaksanakan tujuh reformasi sebelum 24 November ini melibatkan penggubalan dan pindaan beberapa akta termasuk Akta Pendanaan Politik, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan semakan semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
"Bersih akan terus berbincang dengan kerajaan, Parlimen dan pihak berkepentingan yang lain untuk mendesak reformasi yang dijanjikan, serta akan terus memantau dan menyemak imbang perkembangan kemajuannya,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>