MySinar, UTHM ceriakan mangsa banjir Kampung Bentong

Iklan
Hashim (kiri) dan Dr Zainizan (enam dari kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

KLUANG – Pertubuhan MySinar Prihatin dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyampaikan sumbangan barangan makanan dan keperluan harian kepada penduduk Kampung Bentong di sini yang terjejas akibat banjir pada Khamis.

Ketua Kampung, Tumin Tikicho berkata, bantuan berkenaan memang diperlukan penduduk di kampung berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kami memang harapkan bantuan makanan dan keperluan harian. Banjir kali ini antara yang terburuk, ujian kami agak besar namun reda walaupun bencana ini sering kali berulang.

"Hujan lebat selama dua hari menyebabkan air Sungai Melantai yang merentasi kampung melimpah. Lebih buruk lagi apabila air sungai tidak mengalir menyebabkan berlakunya `banjir termenung," katanya.

Iklan
Hashim (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Bentong.

Sumbangan MySinar Prihatin disampaikan wakilnya, Hashim Anang manakala UTHM diwakili Pengarah Urusan Ittihad Maju Jaya Sdn Bhd (syarikat terbitan UTHM), Prof Madya Dr Mohd Zainizan Sahdan.

Sumbangan disampaikan kepada 302 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kampung berkenaan.

Iklan

Untuk rekod, Mysinar Prihatin merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.