Tanah runtuh di daerah Segamat. - Foto JKR Segamat
"Dalam masa sama, dua PPS telah ditutup melibatkan Balai Raya Taman Melati di Kluang yang ditutup pada 11 pagi tadi sementara Dewan Kampung Melayu Batu 10, Skudai ditutup kira-kira jam 4 pagi. Mangsa-mangsa banjir di dewan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP),” menurut laporan berkenaan.
Sementara itu, menurut laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), beberapa jalan ditutup untuk semua kenderaan berikutan banjir ketika ini seperti Jalan Kluang-Mersing/Ladang Greenway (FT050), Jalan GSA Chamek (J99), Jalan Senai-Gemas (FT001), Kampung Tenang (J151), Jalan Jemaluang-Batu Pahat (FT050) dan Jalan Johor Bahru-Seremban (FT1).
Ada juga jalan yang dibuka hanya untuk laluan kenderaan berat seperti Jalan Pintas Seelong-Ulu Tebrau (J02), Jalan Ulu Tebrau – Sungai Tiram (J08), Jalan Batu Pahat- Mersing (FT050), Simpang Jalan Mohd Salim, Jalan Johor Bahru-Mersing (KimLong/Sungai Mupur), Jalan Johor Bahru-Mersing, Kubu (FT003), Jalan Kota Tinggi-Kluang (FT091), Jalan Lok Heng/Mawai/Sungai Mas/Sungai Semalok (FT099) sementara Jalan Masai Lama Seksyen 21 (J10) ditutup berikutan tanah runtuh.