Jalan Palong Utama ditenggelami banjir
Iklan
Keadaan jalan di Jalan Palong yang dinaiki air. (Foto media sosial)
JEMPOL- Jalan Palong Utama (FT 1283) dan Jalan Loop Palong ( FT1284) ditutup kepada semua kenderaan selepas ia ditenggelami air, berikutan hujan berterusan sejak petang Selasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jempol, Nawal Mohamed Amin berkata, jalan berkenaan berhampiran dengan Felda Palong 4,5 dan 6.
Iklan
Iklan
"Justeru, pengguna jalan raya diminta menggunakan jalan alternatif lain sama ada untuk ke Pasir Besar atau sebaliknya.
"Kita juga menasihatkan orang ramai dan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Iklan
Dalam pada itu, Nawal yang juga Pegawai Daerah Jempol berkata, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Palong 7 baru sahaja diaktifkan.
"Kita baru membuka PPS berkenaan sebagai persediaan menerima mangsa banjir dari kawasan berhampiran," katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000"><meta itemprop="description" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jumpagelangemas #nilaimurni #inspirasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-10T06:00:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P147S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6ebv2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6ebv2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6ebv2"></script>