Dibelasah hingga maut angkara dendam, cemburu

Iklan
Gambar hiasan

SERDANG - Dendam dan cemburu dipercayai menjadi motif seorang pemandu lori maut dipukul di sebuah pangsapuri di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan dijalankan mendapati adik mangsa (pengadu) menerima panggilan telefon daripada rakannya pada jam 7.15 pagi memaklumkan abangnya didatangi sekumpulan individu di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Teman wanita abangnya itu memaklumkan mangsa dipukul oleh individu terbabit sebelum dibawa keluar dari apartment berkenaan

"Rakan pengadu menerima panggilan daripada seorang individu dipercayai suspek memaklumkan mangsa berada di Unit Kecemasan Hospital Cyberjaya kira-kira jam 11.30 pagi," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, adik mangsa bergegas ke Hospital Cyberjaya dan dimaklumkan abangnya yang berusia 31 tahun itu sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.

"Siasatan turut mendapati motif pembunuhan berpunca perasaan dendam dan cemburu terhadap mangsa," katanya.

Iklan

Ujar Anbalagan, pihaknya telah mengenal pasti lima individu dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha mengesan kesemua suspek terlibat sedang dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.