Penunggang maut, nahas tiga kenderaan depan hospital
Iklan
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terbabit kemalangan dengan lori dan MPV di hadapan HTAA, Jalan Tanah Putih pada Isnin.
KUANTAN - Eksekutif Pemasaran TM Point maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Jalan Tanah Putih di sini pada Isnin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 9.20 pagi itu, Mohd Zulhairool Azwan Zulkifli, 33, beralamat di Perumahan Kempadang Baru di sini cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan HTAA.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu lori berusia 53 tahun dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berusia 21 tahun yang memandu MPV jenis Proton Exora tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari Jalan Tanah Putih menghala ke Jalan Mahkota.
Iklan
"Ketika tiba di lokasi kejadian, MPV dipandu pelajar perempuan yang berada di hadapan dipercayai mengubah haluan dari kiri ke lorong kanan sebelum bergesel dengan motosikal ditunggang mangsa.
"Mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar penghadang di tengah jalan sebelum dia tercampak ke laluan bertentangan," katanya.
Iklan
Wan Mohd Zahari berkata, pada masa yang sama, sebuah lori yang datang dari arah pusat bandar menghala ke Tanah Putih tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa yang berada di laluannya.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke HTAA Kuantan untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>