Penambahbaikan pos pintu masuk negara tingkat motivasi Imigresen
Iklan
SHAH ALAM - Inisiatif Belanjawan 2023 disifatkan pemangkin semangat buat anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cekap bagi keselamatan negara.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya menyambut baik langkah kerajaan dalam menambah baik pos kawalan dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) di semua pintu masuk negara.