RM50 juta untuk baik pulih PPR, lif usang
Iklan
KUALA LUMPUR - Program Perumahan Rakyat (PPR) yang telah dilaksanakan sejak puluhan tahun untuk rakyat berpendapatan rendah kini terarah kepada usaha memastikan suasana PPR yang lebih manusiawi dengan kemudahan yang memanfaatkan komuniti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata justeru, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan diperuntukkan RM50 juta bagi memastikan keadaan yang selamat di PPR dengan keutamaan kepada mengganti lif-lif yang telah usang.