[VIDEO] Bantuan khas kewangan Aidilfitri RM700 buat penjawat awam

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Berita baik buat penjawat awam apabila kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 yang akan dibayar pada April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran itu termaktub kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Iklan
Iklan

Selain itu katanya, kerajaan juga akan menyalurkan RM350 kepada golongan pesara.

"RM350 juga akan disalurkan kepada pesaraKerajaan. Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023," katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Iklan

Pada masa sama, beliau memberitahu, kerajaan bersetuju untuk memberi elaun khas sebanyak RM100 sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan penyelamat negara yang terlibat di dalam misi di Turkiye dan Syria.

"Elaun ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan ke atas jasa besar yang diberikan atas nama kemanusiaan," katanya.

Iklan

Sementara itu, belaiau berkata, susulan kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 160 kepada 180 hari, kerajaan berhasrat untuk meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus iaitu maksimum 90 hari.