13 suspek diberkas di Sri Lanka
Iklan
COLOMBO - SRI LANKA. Seramai 13 suspek ditahan susulan insiden siri pengeboman dahsyat menyasarkan gereja dan beberapa hotel yang meragut lebih 200 nyawa di negara itu, semalam.
Media tempatan melaporkan tangkapan itu disahkan Menteri Pertahanan, Ruwan Wijewardena, namun tiada butiran lanjut diberikan.