Jordi azam ‘rantai’ Adisak
Iklan
Jordi (kiri) dan kapten TFC, Shahrul Nizam Roshani pada sidang akhbar berkenaan.
TONGGAK pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat berazam untuk mengekang penyerang import Terengganu FC (TFC), Adisak Kraisorn pada aksi Sumbangsih 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.
Menurut pemain berusia 30 tahun itu, Kraisorn merupakan seorang pemain yang bagus dan perlu diberikan perhatian oleh benteng pertahan skuad Harimau Selatan itu pada perlawanan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Kami juga sudah menonton rakaman video mengenai mereka (TFC) dan kami dapati sama ada mereka menggunakan formasi 5-3-2 atau 4-4-2, mereka tetap merupakan pasukan yang berkualiti.
"Oleh itu, kami perlu bersedia dengan beraksi sebaik mungkin bagi memenangi perlawanan sulung musim ini,” katanya pada Khamis.
Iklan
Untuk rekod, kedua-dua pemain pernah berdepan antara satu sama lain pada aksi Piala AFF Mitsubshi 2022 lalu dalam aksi ketiga Kumpulan A yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Sementara itu, Jordi berkata, kesemua pemain kini dilihat bersedia untuk berdepan cabaran getir daripada TFC Jumaat ini seterusnya memenangi perlawanan.
Iklan
Malah katanya, dia yakin skuad Harimau Selatan itu mampu untuk merealisasikan kemenangan berkenaan berikutan perkembangan semasa pasukan.
"Pasukan ini (JDT), semakin baik dari sehari ke sehari dan turut memiliki ramai pemain yang bagus-bagus.
"Kekuatan utama kita adalah dari segi intesiti dan oleh itu, esok (Jumaat), saya yakin untuk kita perlu memenangi trofi yang ‘istimewa’ ini,” katanya.
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com