Bung Moktar minta PDRM, SPRM siasat ADUN lompat parti
Iklan
Bung Moktar
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah yang sering melompat parti.
Beliau berkata, ini bagi menghentikan tindakan tersebut memandangkan ia kerap berlaku di Sabah yang disifatkannya sebagai satu perkara memalukan.
Iklan
Iklan
"Asal jadi pengkhianat (parti) dapat jawatan, jadi pengkhianat, lompat jadi menteri walaupun tidak layak,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu turut mempertikai tindakan kerajaan Sabah yang masih belum membentangkan rang undang-undang anti lompat parti sehingga menyebabkan situasi yang sama terus berulang sehingga mencalar integriti negeri itu.
Iklan
Media hari ini melaporkan lima ADUN UMNO Sabah mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Turut mengumumkan menyertai Gagasan Rakyat ialah tiga bekas ADUN Parti Warisan (Warisan). - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>