Tiga beradik guna lori perabot angkut syabu RM5.4 juta

Iklan
Muhamad Zaki (dua,kiri) menunjukkkan sebahagian daripada syabu seberat 150 kilogram bernilai RM5.4 juta yang dirampas di dalam sebuah lori di Kampung Tengah, Kuala Krai pada Isnin.

KUALA KRAI - Taktik 'gila' tiga beradik lelaki membawa syabu seberat 150 kilogram bernilai RM5.4 juta menggunakan lori perabot bagi mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar selepas dicekup polis dalam serbuan di Kampung Tengah di sini pada Isnin.

Lori jenis Mitsubishi tersebut ditahan pada jam 7.50 pagi selepas anggota polis mengekori mereka dari Kota Bharu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tiga beradik berusia 24 hingga 45 tahun yang ditahan itu dipercayai bertindak sebagai penghantar dengan mengambil upah membawa dadah tersebut ke Lembah Klang.

"Turut ditemui ialah satu botol dan tujuh bungkusan plastik mengandungi cecair disyaki air ketum," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini pada Selasa.

Iklan

Menurut beliau, dua dari tiga beradik itu masing-masing mempunyai satu rekod lampau iaitu Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 18 (5) Akta Penapisan Filem 2022.

Ujarnya, kesemua suspek direman bermula Selasa hingga Isnin ini.

Muhamad Zaki (kanan) bersama lori perabot yang digunakan untuk membawa dadah.

Iklan

Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya turut menahan sebuah kenderaan jenis Honda City di Kampung Kenor, di sini yang dipercayai merupakan pengiring kepada lori terbabit.

"Hasil siasatan awal mendapati kenderaan yang digunakan oleh suspek adalah milik keluarga dan ia bukan kali pertama dilakukan kerana jumlah yang dibawa terlalu besar.

"Malah suspek tahu selok-belok kemasukan dadah yang diseludup dari negara jiran melalui sempadan itu," katanya.