Beberapa SST projek Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik
Iklan
Azalina - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) melibatkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini belum dapat mengenal pasti nilai sebenar projek itu.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, SPRM telah menjalankan siasatan terhadap isu berkaitan tender rundingan terus antaranya projek di bawah Jana Wibawa yang melibatkan projek pembangunan dan infrastruktur.
Azalina menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) berhubung jumlah bilangan dan nilai projek yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa khususnya tender rundingan terus melibatkan ahli keluarga pemimpin utama serta tindakan yang diambil ke atas mereka yang dapat ‘habuan.’
Iklan
Menjawab soalan mengenai jumlah pertuduhan berprofil tinggi membabitkan ahli politik dan pegawai awam, Azalina berkata 60 daripada 180 kes selesai dibicarakan bagi tempoh 2018 hingga Januari tahun ini.
Katanya, 72 individu telah disabitkan kesalahan manakala baki 120 kes masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
Iklan
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai jumlah pertuduhan berprofil tinggi membabitkan ahli politik dan pegawai awam yang belum dibawa ke muka pengadilan untuk hukuman serta sebab-sebab ia ditangguhkan.
Azalina juga berkata, kerajaan bercadang mengadakan sesi libat urus berkaitan Rang Undang-Undang Dana Politik untuk mendapatkan maklum balas gabungan dan parti politik serta pihak berkepentingan supaya sebarang rang undang-undang yang bakal dibentang kepada Jemaah Menteri adalah inklusif dan komprehensif serta mencerminkan keperluan semasa.
"Sebarang kertas kerja dan laporan pentadbiran terdahulu turut akan dipertimbang oleh kerajaan,” katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) berhubung perancangan kerajaan dalam membentangkan rang undang-undang itu bagi mengatasi isu pendanaan asing. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>