Ahmad Nazlan tawar diri tanding Ketua Bahagian Jerantut

Iklan
Ahmad Nazlan

JERANTUT - Bertindak melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, bekas Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, 65, kembali menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut pada pemilihan parti itu Mac depan.

Ahmad Nazlan juga sebelum ini turut tidak mempertahankan kerusi Parlimen Jerantut pada PRU15 selepas menyandang dua penggal kerusi itu untuk memberi peluang kepada pemimpin pelapis dalam UMNO Jerantut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, parti itu memerlukan nafas baharu bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu yang tewas teruk pada PRU15 lalu.

"Keputusan menawarkan diri bertanding dibuat selepas mengambil kira pandangan ahli parti di peringkat akar umbi yang mahukan saya kembali memimpin UMNO di Bahagian Jerantut.

Iklan

Tambah beliau, pengalaman sebagai Ketua UMNO bahagian itu sebelum ini banyak mengajarnya erti perjuangan serta memahami denyut nadi orang muda dan rakyat.

Jelas Ahmad Nazlan lagi, ahli UMNO di peringkat akar umbi perlu orang baharu memimpin parti itu setelah ramai ahli yang tidak lagi yakin dengan kepimpinan sekarang.

Iklan

"Walau apa jua dikata terhadap UMNO ketika ini, saya masih yakin parti mampu bangkit dan jadi wadah perjuangan pada agama, masyarakat dan negara.

Ketua UMNO Bahagian Jerantut kini yang disandang oleh Datuk Nazri Ngah belum memberi sebarang pengumuman untuk mempertahankan jawatannya atau tidak untuk pemilihan parti itu kali ini.