'Kelantan perlukan pembangkang yang kuat' - Nik Nazmi
Iklan
Nik Nazmi (duduk, tiga kanan) beramah mesra dengan pengamal media Kelantan semasa Majlis Makan Malam PKR di Kota Bharu pada Ahad.
KOTA BHARU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan Kelantan memerlukan gabungan pembangkang yang kuat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pembangkang yang kuat itu bagi memastikan tugas semak dan imbang pentadbiran Pas Kelantan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Iklan
Iklan
"Perkara ini, kalau ada pembangkang yang kuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) perkara tersebut dapat dibahaskan secara lebih mendalam dan pandangan berbeza dapat dibangkitkan," katanya kepada pemberita ketika Majlis Makan Malam PKR bersama pengamal media Kelantan di sini pada Ahad.
Menurut beliau, PKR sudah menjalankan kajian sikap kepada rakyat negeri ini menerusi keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Iklan
Ujarnya, melihat keputusan itu Kerajaan Perpaduan perlu bekerja lebih keras untuk menawan hati rakyat Kelantan pada PRN nanti.
Nik Nazmi berkata, PH dan BN perlu merangka strategi terbaik kerana Pas sudah mentadbir negeri ini lebih 30 tahun.
Iklan
"Bagaimanapun, kita lega PRN kali ini hanya melibatkan pertembungan dua penjuru di negeri ini antara Pas dengan PH dan BN sahaja.
"Situasi itu memberikan sedikit kelebihan selepas bertembung tiga penjuru pada PRU15 lalu," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima"><meta itemprop="description" content="Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu.
Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun padang dengan mengunjungi kawasan perumahan dan kampung bertemu penduduk dengan menaiki motosikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803189/berita/politik/prn-melaka-baharu-hari-kelima-kempen-farzana-sudah-masuk-gear-lima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #calonDunKlebang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-04T04:11:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P236S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbtdsnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbtdsnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbtdsnu"></script>