Anggota tentera maut nahas tiga kenderaan
Iklan
ROMPIN - Seorang anggota tentera maut selepas motosikal ditungganginya terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 133.5 Jalan Kuantan-Johor Bahru, pada Ahad.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Shahrizal Shamsuddin, 41, berasal dari Masai, Johor Bahru meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.