PRN: KKD pastikan lebih ramai keluar mengundi
Iklan
Nie Ching menjawab pertanyaan media selepas majlis ramah mesra bersama warga Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang hari ini. - Foto Bernama
GEORGETOWN - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berusaha memastikan kehadiran lebih ramai pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka di enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) tahun ini.
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, KKD akan mengadakan perbincangan dengan semua agensi yang terlibat supaya maklumat mengenai PRN sampai kepada pengundi.
Iklan
Iklan
"Sebagai agensi kerajaan, tanggungjawab kita adalah pastikan bahawa lebih ramai pengundi keluar mengundi kerana itu merupakan tanggungjawab warga Malaysia tidak kira mana satu parti mereka sokong.
"Yang penting kita nak nampak pengundi yang keluar mengundi itu cukup tinggi dan banyak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Jabatan Penerangan Pulau Pinang di sini hari ini.
Iklan
Enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu perlu mengadakan PRN masing-masing, tahun ini.
Nie Ching berkata, memastikan lebih ramai pengundi keluar mengundi pada hari pengundian PRN nanti adalah agenda KKD pada masa ini.
Iklan
"Jadi untuk tempoh masa yang akan datang ini, kami juga akan membawa mesej ini kepada pengundi-pengundi enam negeri itu supaya kita siap sedia supaya hari mengundi, mereka akan keluar mengundi," katanya.
Hari ini, Teo mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang yang melibatkan sesi dialog bersama warga Jabatan Penerangan Pulau Pinang, melawat pejabat RTM Pulau Pinang dan sesi temu bual bersama stesen radio Mutiara FM. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>