PM luluskan RM31.8 juta bina lima masjid di Negeri Sembilan
Iklan
SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM31.8 juta bagi pembinaan lima masjid di Negeri Sembilan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata, masjid tersebut ialah Masjid Terapung Port Dickson, Masjid Ulu Beranang, Masjid Kariah Talang Tengah, Masjid Tunku Munawir Seri Menanti, dan Masjid Bongek.